ms.news

Kardinal: Parolin Sepatutnya Meninggalkan "Penderhaka yang Tidak Boleh Dipercayai"

Kardinal Hong Kong, Joseph Zen, yang berumur 86, menyeru Setiausaha Vatican Negara, Pietro Parolin supaya berundur, untuk memikul tanggungjawab dalam insiden perjanjian antara Vatican dengan regim China, dilaporkan oleh akhbar South China Morning Post pada 20hb September.

Perjanjian ini bertujuan untuk mendirikan perhubungan dan memberikan pihak Komunis untuk memilih bishop, dan menderhakai gereja bawah tanah yang kekal setia terhadap Rom walaupun mengalami penganiayaan yang tidak terkira dalam beberapa dekad yang lalu.

Zen menggelarkan perjanjian ini “penderhakaan yang menakjubkan” dalam kepercayaan Katholik, “Mereka telah menyuap serigala dengan "biri-biri.” Dan, “Ini merupakan penyerahan yang menyeluruh. Ianya sejenis penderhakaan [terhadap kepercayaan]. Selain daripada itu, saya tiada ayat lain lagi”.

Kardinal menyifatkan Parolin sebagai seseorang yang memandang rendah terhadap wira kepercayaan. “Dia sepatutnya meletakkan jawatan”, katanya, “Saya tidak rasa bahawa dia ada kepercayaan. Dia hanya seorang diplomat yang sangat sekular,maknanya biasa.”

Menurut Zen, perjanjian tersebut akan merosakkan keboleh-percayaan atau kredibiliti Gereja, “Mungkin itu sebablah mereka menjadikan perjanjian tersebut sulit."

Dia percaya bahawa hanya ada separuh daripada penganut Katholik yang akan menerima perjanjian tersebut, “Saya berasa khuatir bahawa [mereka yang lain] akan melakukan benda yang tidak rasional, mereka mungkin akan membuat rusuhan atau bantahan secara keras.”

Gambar: Pietro Parolin, © Mazur/catholicchurch.org.uk, CC BY-NC-SA, #newsHgptpxlmqq
50